Wednesday, December 8, 2010

Kumpulan May

Kumpulan MAY


ABU, MAN, YUS & MUS

Kumpulan MAY telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh empat anak muda yang berasal dari Manjoi, Perak Malaysia. MAY adalah pangkal huruf bagi Man (ketua/drummer), Mus (vokalis), Abu (guitar) dan Yus (bassist). Mulanya MAY adalah ketika mereka menyertai pertandingan Juara Juara Rock 1986. Dalam pertandingan tersebut, MAY telah dinobatkan sebagai juara. MAY berjaya mengalahkan kumpulan kumpulan hebat yang lain seperti Febians, Metalian dan Scandals. Mus telah memenangi anugerah vokalis terbaik dalam pertandingan tersebut. Sebelum terkenal, MAY selalu mengiringi konsert bersama kumpulan SYJ.

Album pertama MAY diterbitkan pada tahun 1987 berjudul 'Dilema' dan diterbitkan sendiri oleh MAY. Sebelum 'Dilema', MAY merakamkan sebuah mini album 'Juara Juara Rock' mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.

Album kedua MAY yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang telah menaikkan nama MAY. Album ini berjaya dijual sebanyak 200 000 unit. Lagu lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi hits lantas menjadi siulan anak anak muda diketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik Muzik.

Rahsia' adalah nama album MAY yang ketiga. Ia diterbitkan pada tahun 1990. Lagu hits mereka ketika itu adalah 'Gadis Bertudung Putih' dan 'Pahlawan Mimpi'. Lagu lagu heavy mereka dalam album ini seperti 'Pahlawan Mimpi', 'Rahsia Kota' dan 'Black Area' amat diminati ramai.

Pada tahun 1991, MAY telah menerbitkan album keempat mereka berjudul 'Strategi'. Lagu hits adalah lagu 'Strategi' dan 'Abadi'. Album ini juga menampilkan satu lagu ala trash yang berjudul 'A.L.A.M' (Aku Lahir Antara Mereka).

Mus mengundurkan diri sebagai vokalis utama MAY selepas album ini.

Pengunduran Mus tidak sedikit pun menjejas ahli kumpulan MAY yang lain. Malah mereka berjaya mengantikan Mus dengan seorang penyanyi rock lagenda iaitu Yantzen (bekas vokalis kumpulan Rusty Blade). Bersama Yantzen, MAY telah berjaya menghasilkan empat buah album iaitu 'Ziet Geist' (1992), 'Wira Cyborg' (1993), Layar dan Ideologi (1995). Antara lagu hits mereka adalah 'Meniti Suratan', 'Renda', 'Suci', 'Layar' dan 'Janji'. Bersama Yantzen, MAY juga membuat percubaan baru menghasilkan lagu lagu English. Title lagu lagu English MAY adalah : 'Atomic War', 'Don't Stop MAY From Rock N Roll', 'Vision Of Emotions', 'Obsessions', 'Exorcism', 'Steel Warriors', 'Genocide' dan 'Let's Get Real'. MAY juga telah menghasilkan sebuah telemovie yang berjudul 'Penyu'.

Apabila Yantzen tidak bersama MAY lagi, Oney (bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara) pula menyertai MAY. Bersama Oney, MAY telah menghasilkan 2 buah album berjudul 'Penaklukan' (1997) dan 'Keras (1998). Lagu 'Jemu' adalah lagu hits MAY ketika Oney bersama mereka. Album 'Keras' pula adalah album lain dari yang lain MAY kerana MAY telah memetalkan lagu lagu lama. Lagu hits dalam album itu adalah 'Hoi Ho Ya Hoi Lagu Penyamun'.

Setelah album 'Keras', MAY seolah olah lenyap dari industri muzik rock tanahair. Ditahun 2002 ada khabar khabar angin yang Mus mungkin akan kembali kepada MAY. Mus akan kembali pada asal usulnya menjadi vokalis MAY setelah bergiat secara solo, bersama kumpulan Strangers dan Wings. Pada tahun 2003, khabar angin itu menjadi kenyataan apabila MAY mengumumkan tentang album terbaru mereka 'Sinar' dan Mus kembali menjadi vokalis utama mereka. Album 'Sinar' adalah album yang dinanti nantikan peminat setia MAY kerana MAY telah 'menghilang' selama lima tahun. Album ini dapat sambutan hangat dari peminat muzik rock tempatan. Lagu hits dalam album ini ialah 'Sinar', 'Mai Pen Rai', Ketat & Sendat' dan 'Jiwa Karat'. Lagu 'Sinar' ciptaan Mus telah berjaya memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik pada tahun itu. Album 'Sinar' ini juga telah dinobatkan sebagai 'Album Hard Rock Terbaik 2004' Anugerah Industri Muzik (AIM).

Download Lagu Rock Kapak Kegemaran Anda Percuma

1. Penjara - Kumpulan Kris

Tuesday, November 16, 2010

Kumpulan Crossfire


KUMPULAN CROSSFIRE

Kumpulan Crossfire merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-laguMelayu. Kumpulan Crossfire ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1989 dengan didikan Khalid Mobin (Rusty Blade).

Ia dianggotai oleh 5 pemuzik muda iaitu:-

  1. Aim (Vokel)
  2. Joe (Gitar)
  3. Fiq (Dram)
  4. Yas (Bass)
  5. Burn (Gitar) .....

kumpulan ini juga aktif sebagai 'band kahwin sebelom bergelar artis, dan salah seorang vokalisnya (tidak merakamkan album) adalah kader chekku


Album

  1. Fatamorgana (1989) - Mega Rekod. Fatamorgana menampilkan irama Hevy Metal,
  2. Erosi (1990) - 10 lagu 7 heavy metal dan 3 slow rock.
  3. Metonimia (1993) irama hevy metal dengan satu lagu Inggeris 'No More War.
  4. "Espirits De Corps (1994)
  5. Ilustrasi
  6. Konservatif (1997)


Lagu-lagu

  1. Realiti & Fantasi
  2. Nyata Bukan Ilusi
  3. Antara kita
  4. Antara luka & rindu
  5. Batu bersurat
  6. Bisikan
  7. Darjat
  8. Dendam
  9. Kamikaze
  10. Kasih berduka
  11. Nilaikan
  12. Setelah kau tiada
  13. Tangisan
  14. Abadikan Memori
  15. Arah
  16. Hikayat Dan Lagenda
  17. Joget Bujang Dirantau
  18. Puteri Duyung
  19. Fatamorgana
  20. Takdir Cinta Kita
  21. Takdir Yang Menentukan